Sunday, March 22, 2009

Kitab Tentang Wahyu


Sesi 2 18/3/2006 (Sambungan) Bagaimana Permulaan Datangnya Wahyu Kepada Rasulullah SAW


Matan Dan Terjemahan
Play Mp3
Download MP3
Syarahan Hadis
Play Mp3
Download MP3


٢- حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رضي الله عَنْهَا{ أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ رضي الله عَنْهم سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يَأْتِيكَ الْوَحْيُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ فَيُفْصَمُ عَنِّي وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ .وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِيَ الْمَلَكُ رَجُلا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُولُ . قَالَتْ عَائِشَةُ رضي الله عَنْهَا وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الْوَحْيُ فِي الْيَوْمِ الشَّدِيدِ الْبَرْدِ فَيَفْصِمُ عَنْهُ وَإِنَّ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا }

2- Abdullah Bin Yusoff telah menceritakan kepada kami, katanya: Malik telah memberitahu kami, diambilnya dari Hisyam bin `Urwah dari ayahnya dari `Aisyah Ummul Mu’minin r.ha. bahawa Harits bin Hisyam r.a telah bertanya Rasulullah SAW, katanya: “Wahai Rasulullah bagaimana wahyu datang kepadamu? ” Rasulullah SAW bersabda: “Kadang-kadang ia datang kepadaku seperti gemercing loceng, itulah (cara kedatangan wahyu) yang paling berat bagiku. Kedatangan wahyu selesai apabila aku telah ingat apa-apa yang disampaikannya (malaikat). Kadang-kadang Malaikat itu menjelma sebagai seorang lelaki lalu dia bercakap-cakap denganku dan aku pula mengingati apa yang diucapkannya. `Aisyah berkata: “Sesungguhnya aku pernah melihat Baginda SAW ketika turun wahyu pada hari yang sangat sejuk, sebaik sahaja selesai kedatangan wahyu itu, dahi Baginda SAW benar-benar memercikkan peluh”.

0 comments: