Sunday, March 22, 2009

Kitab Tentang Wahyu


Sesi 2 18/3/2006 (Sambungan) Bagaimana Permulaan Datangnya Wahyu Kepada Rasulullah SAW


Matan Dan Terjemahan
Play Mp3
Download MP3
Syarahan Hadis
Play Mp3
Download MP3


٢- حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رضي الله عَنْهَا{ أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ رضي الله عَنْهم سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يَأْتِيكَ الْوَحْيُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ فَيُفْصَمُ عَنِّي وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ .وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِيَ الْمَلَكُ رَجُلا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُولُ . قَالَتْ عَائِشَةُ رضي الله عَنْهَا وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الْوَحْيُ فِي الْيَوْمِ الشَّدِيدِ الْبَرْدِ فَيَفْصِمُ عَنْهُ وَإِنَّ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا }

2- Abdullah Bin Yusoff telah menceritakan kepada kami, katanya: Malik telah memberitahu kami, diambilnya dari Hisyam bin `Urwah dari ayahnya dari `Aisyah Ummul Mu’minin r.ha. bahawa Harits bin Hisyam r.a telah bertanya Rasulullah SAW, katanya: “Wahai Rasulullah bagaimana wahyu datang kepadamu? ” Rasulullah SAW bersabda: “Kadang-kadang ia datang kepadaku seperti gemercing loceng, itulah (cara kedatangan wahyu) yang paling berat bagiku. Kedatangan wahyu selesai apabila aku telah ingat apa-apa yang disampaikannya (malaikat). Kadang-kadang Malaikat itu menjelma sebagai seorang lelaki lalu dia bercakap-cakap denganku dan aku pula mengingati apa yang diucapkannya. `Aisyah berkata: “Sesungguhnya aku pernah melihat Baginda SAW ketika turun wahyu pada hari yang sangat sejuk, sebaik sahaja selesai kedatangan wahyu itu, dahi Baginda SAW benar-benar memercikkan peluh”.

Kitab Tentang Wahyu

Matan Hadis
Play Mp3
Download MP3

Syarahan Hadis
Play Mp3
Download MP3


كتاب الوحى

Kitab Tentang Wahyu


باب كيف كان بدء الوحى إلى رسول الله (ص) وقول الله عزوجل إنا أوحينا إليك كما أوحينا إلى نوح والنبيين من بعده

Bab 1: Bagaimana Permulaan Datangnya Wahyu Kepada Rasulullah SAW Dan Firman Allah Ta`Ala Yang Bermaksud; “Sesungguhnya Kami Telah Mewahyukan Kepadamu Seperti Mana Kami Telah Mewahyukan Kepada Nuh Dan Nabi-Nabi Sesudahnya”.



بسنده المتصل منا إلى الأمام الحجة الحافظ امير المؤمنين فى الحديث محمد بن إسماعيل البخارى قال:

١- حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُاللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ ابْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رضي الله عَنْهم عَلَى الْمِنْبَرِ قَالَ {سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ }

1- Al-Humaidi Abdullah bin az-Zubair telah menceritakan kepada kami, katanya: “Sufyan telah menceritakan kepada kami, katanya: “Yahya bin Said al-Anshari telah menceritakan kepada kami, katanya: “Muhammad bin Ibrahim al-Taimi telah memberitahu kepada saya bahawa dia telah mendengar `Alqamah bin Waqqash al-Laitsi berkata: “Saya telah mendengar Umar bin al-Khatthab berkata di atas mimbar: “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya segala amalan dikira dengan niat dan sesungguhnya setiap orang mendapat apa yang diniatnya. Oleh itu sesiapa yang hijrahnya adalah untuk mendapat dunia atau untuk berkahwin dengan seseorang wanita maka hijrahnya dikira untuk tujuannya.”

Sahih Al-Bukhari- Pengenalan

Siri pengajian hadith sahih Bukhari bersama Maulana Asri ini telah bermula awal tahun 90an hingga sekarang yg telah menjangkau 15 tahun. Maulana asri megguanakan kitab syarah Fathul Bari, La miu Dharari dan kitab2 lainnya utk mengsyarahkan hadith2 dlm sahih Bukhari. Kuliah ini disampaikan oleh beliau di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian pada setiap hari isnin malam selasa yg merupakan kuliah mingguan beliau.

Siri pengajian hadith sahih bukhari di masjid ini hampir menamatkan kitab2 didalam sahih bukhari yg hanya tinggal 4 kitab lagi utk menamatkannya. Jumlah kitab2 dalam sahih Bukhari mengikut edisi maktabah syamilah adalah sebanyak 77 kitab. Sy menggunakn rujukan maktabah syamilah supaya memudahkan kerja utk menrbitkan koleksi kuliah2 maulana asri.

Kandungan:









- Muqaddimah Kitab Sahih Al-Bukhari Download MP3
Play Mp3
1. Bab permulaan wahyu - بدْءِ الْوحْي
2. Kitab iman(كِتَاب الْإِيمَانِ)
3. Kitab 'ilm (كِتَاب الْعِلْمِ)
4. Kitab wudu'(كِتَاب الْوُضُوءِ)
5. Kitab mandi(كِتَاب الْغُسْلِ)
6. Kitab haid(كِتَاب الْحَيْضِ)
7. Kitab tayammum(كِتَاب التَّيَمُّمِ)
8. Kitab solat(كِتَاب الصَّلَاةِ)
9. Kitab waktu2 solat(مَوَاقِيتِ الصَّلَاةِ)
10. Kitab azan(كِتَاب الْأَذَانِ)
11. Kitab Jumaat(كِتَاب الْجُمُعَةِ)
12. Kitab jenazah(كِتَاب الْجَنَائِزِ)
13. Kitab zakat(كِتَاب الزَّكَاةِ)
14. Kitab haji(كِتَاب الْحَجِّ)
15. Kitab puasa(كِتَاب الصَّوْمِ)
16. Kitab salat tarawih(كِتَاب صَلَاةِ التَّرَاوِيحِ)
17. Kitab iktikaf(كِتَاب الِاعْتِكَافِ)
18. Kitab jual beli(كِتَاب الْبُيُوعِ)
19. Kitab salam(كِتَاب السَّلَمِ)
20. Kitab syafaat(كِتَاب الشُّفْعَةِ)
21. Kitab ijarah(كِتَاب الْإِجَارَةِ)
22. Kitab penyerahan hutang seseorang kpd org lain (كِتَاب الْحَوَالَاتِ)
23. Kitab wakalah(كِتَاب الْوَكَالَةِ)
24. Kitab pertanian(كِتَاب الْمُزَارَعَةِ)
25. Kitab minuman(كِتَاب الْمُسَاقَاةِ)
26. Kitab hutang, pembayaran hutang, pernyataan bankrupt(كِتَاب فِي الِاسْتِقْرَاضِ وَأَدَاءِ الدُّيُونِ وَالْحَجْرِ وَالتَّفْلِيسِ)
27. Kitab bertengkar(كِتَاب الْخُصُومَاتِ)
28. Kitab kehilangan barang dan diambil oleh seseorang(كِتَاب فِي اللُّقَطَةِ)
29. Kitab penganiayaan dan perampasan(كِتَاب الْمَظَالِمِ وَالْغَصْبِ)
30. Kitab syarikat/kerjasama(كِتَاب الشَّرِكَةِ)
31. Kitab barang jaminan(كِتَاب الرَّهْنِ)
32. Kitab memerdekakan budak(كِتَاب الْعِتْقِ)
33. Kitab pemberian hadiah(كِتَاب الْهِبَةِ وَفَضْلِهَا وَالتَّحْرِيضِ عَلَيْهَا)
34. Kitab penyaksian(كِتَاب الشَّهَادَاتِ)
35. Kitab pendamaian(كِتَاب الصُّلْحِ)
36. Kitab syarat2(كِتَاب الشُّرُوطِ)
37. Kitab wasiat(كِتَاب الْوَصَايَا)
38. Kitab jihad(كِتَاب الْجِهَادِ وَالسِّيَرِ)
39. Kitab khumus(كِتَاب فَرْضِ الْخُمُسِ)
40. Kitab jizyyah(كِتَاب الْجِزْيَةِ)
41. Kitab permulaan penciptaan(كِتَاب بَدْءِ الْخَلْقِ)
42. Kitab kisah2 nabi(كِتَاب أَحَادِيثِ الْأَنْبِيَاءِ)
43. Kitab manaqib(كِتَاب الْمَنَاقِبِ)
44. Kitab perang(كِتَاب الْمَغَازِي)
45. Kitab tafsir Al-Quran(كِتَاب تَفْسِيرِ الْقُرْآنِ)
46. Kitab kelebihan2 al-Quran(كِتَاب فَضَائِلِ الْقُرْآنِ)
47. Kitab nikah(كِتَاب النِّكَاحِ)
48. Kitab talak(كِتَاب الطَّلَاقِ)
49. Kitab nafkah2(كِتَاب النَّفَقَاتِ)
50. Kitab makanan(كِتَاب الْأَطْعِمَةِ)
51. Kitab aqiqah(كِتَاب الْعَقِيقَةِ)
52. Kitab pemburuan(كِتَاب الذَّبَائِحِ وَالصَّيْدِ)
53. Kitab hari raya(كِتَاب الْأَضَاحِيِّ)
54. Kitab minuman keras(كِتَاب الْأَشْرِبَةِ)
55. Kitab penyakit(كِتَاب الْمَرْضَى)
56. Kitab ubat(كِتَاب الطِّبِّ)
57. Kitab pakaian(كِتَاب اللِّبَاسِ)
58. Kitab adab(كِتَاب الْأَدَبِ)-11 vcd berharga rm 55
59. Kitab minta izin(كِتَاب الِاسْتِئْذَانِ)
60. Kitab doa/permohonan(كِتَاب الدَّعَوَاتِ)
61. Kitab riqaq(كِتَاب الرِّقَاقِ)
62. Kitab qadar(كِتَاب الْقَدَرِ)
63. Kitab sumpah dan nazar(كِتَاب الْأَيْمَانِ وَالنُّذُورِ)
64. Kafarah sumpah(كِتَاب كَفَّارَاتِ الْأَيْمَانِ)
65. Kitab harta pusaka(كِتَاب الْفَرَائِضِ)
66. Kitab hudud(كِتَاب الْحُدُودِ)-11 vcd berharga rm 55
67. Kitab diyyat(كِتَاب الدِّيَاتِ)
68. Kitab hukuman kpd murtadin(كِتَاب اسْتِتَابَةِ الْمُرْتَدِّينَ وَالْمُعَانِدِينَ وَقِتَالِهِمْ)
69. Kitab menyatakan sesuatu dengan paksaan(كِتَاب الْإِكْرَاهِ)
70. Kitab penipuan(كِتَاب الْحِيَلِ)
71. Kitab mimpi(كِتَاب التَّعْبِيرِ)
72. Kitab fitnah2(كِتَاب الْفِتَنِ)-12 vcd berharga rm 60
73. Kitab hukum2(كِتَاب الْأَحْكَامِ)
74. Kitab pengharapan(كِتَاب التَّمَنِّي)
75. Kitab berita yang datang dr seseorang yg dipercayai(كِتَاب أَخْبَارِ الْآحَادِ)
76. Kitab berpegang dengan quran dan hadith(كِتَاب الِاعْتِصَامِ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ)
77. Kitab tauhid(كِتَاب التَّوْحِيدِ)