Friday, May 4, 2007

SAHIH MUSLIM- Pengenalan

Kitab sahih muslim merupakan kitab yg kedua tinggi kedudukannya selepas Bukhari. Dalam artikel muqadimah sahih bukhari, telah dibincangkan ikhtilaf yg berlaku dikalangan ulama utk menentukan kitab manakah yg paling sahih, Bukhari atau Muslim. Uniknya kitab sahih Muslim, dimulakn kitabnya dengan muqadimah sebelum masuk kitab2 seterusnya. Muqadimah yg dibuat oleh imam Muslim adalah berkenaan dengan ilmu mustalahul hadith diterangkannya dengan panjang lebar. Kenapa iamam Muslim membuat muqadimah dahulu?perkara ini dijelaskan dgn terperinci dalam edidi muqadimah sahih bukhari dan muqadimah sahih muslim oleh Maulana Asri.

Kuliah Muqadimah sahih muslim yg disampaikan oleh maulana asri sudah disiapkan dlm bentuk mp3 sebanyak 5 keping cd berformat mp3 sepanjang 20 siri kuliah. Muqadimahnya difokuskan kpd ilmu mustalah hadith dan berkaitan dengannya. Kuliah ini disampaikan oleh beliau di Masjid Lundang kota Bharu bermula sekitar tahun 94 sehingga sekarang yg telah menjangkau hampir 13 tahun pengajian.


Kitab yg digunakan oleh beliau adalah kitab syarah sahih muslim li imam an-nawawi setebal 2 jilid cetakan Pakistan. Kitab ini boleh didapati di Masjid Sri petaling,KL. Saudara/ saudari juga boleh menggunakan mana2 cetakan sekalipuun utk mengikuti kuliah hadit Maulana ini. Selain dari kitab syarah ini, sepanjang pengajian, maulana asri membawakan pelbagai kitab laian sesuai dengan isu yg dibincangkan.


Melalui sistem pengajian hadith, kita diajar menjadi seorang yg kritikal dan berfikiran terbuka, malah kita tidak akan taksub kepada mana2 ulama, ttp akan menjadi taksub utk mengetahui dengan lebih banyak ttg hadith2 nabi saw. Menerusi pengajian ini, kita diajarkan juga fekh muqaran sebagai perbandingan pendapat. Maulana menbawa pelbagai pendapat ulama untuk dibentangkan bagi sesebuah isu dan menyerahkan kpd pendengar utk menilainya selapas diberikan panduan. Kadang-kadang Maulana Asri Yusof akan mentarjihkan sebuah pendapat dan terkadang dibiarkannya saja. Tetapi biasanya selepas mengupas sesebuah isu, kita akan dapat meletakkan dimana pegangan kita kerana dijelaskan dengan sebaik mungkin walupun tidak ditarjihkan oleh beliau.
Kaedah yg digunakan oleh maulana dalam pengajiannya, pertama akan dibacakan matan hadith dalam satu2 kitab dlm 10-15 minit. Kemudian, beliau akan menterjemahkannya, membaca tafsir an-nawawi dan membawa kitab2 lain sbg tambahan syarahnya.
Kitab sahih muslim mengandungi 56 kitab termasuk muqadimahnya. Tajuk2 dlam sahih muslim ini bukanlah disusun oleh imam Muslim sendiri ttp imam Nawawi sebagai pengsyarahnya.


KANDUNGAN:


1. مُقَدِّمَةٌ
2. كِتَاب الْإِيمَانِ
3. كِتَاب الطَّهَارَةِ
4. كِتَاب الْحَيْضِ
5. كِتَاب الصَّلَاةِ
6. كِتَاب الْمَسَاجِدِ وَمَوَاضِعِ الصَّلَاة
7. كِتَاب صَلَاةِ الْمُسَافِرِينَ وَقَصْرِهَا
8. كِتَاب الْجُمُعَةِ
9. كِتَاب صَلَاةِ الْعِيدَيْنِ
10. كِتَاب صَلَاةِ الِاسْتِسْقَاءِ
11. كِتَاب الْكُسُوفِ
12. كِتَاب الْجَنَائِزِ
13. كِتَاب الزَّكَاةِ
14. كِتَاب الصِّيَامِ
15. كِتَاب الِاعْتِكَافِ
16. كِتَاب الْحَجِّ
17. كِتَاب النِّكَاحِ
18. كِتَاب الرِّضَاعِ
19. كِتَاب الطَّلَاقِ
20. كِتَاب اللِّعَانِ
21. كِتَاب الْعِتْقِ
22. كِتَاب الْبُيُوعِ
23. كِتَاب الْمُسَاقَاةِ
24. كِتَاب الْفَرَائِضِ
25. كِتَاب الْهِبَاتِ
26. كِتَاب الْوَصِيَّةِ
27. كِتَاب النَّذْرِ
28. كِتَاب الْأَيْمَانِ
29. كِتَاب الْقَسَامَةِ وَالْمُحَارِبِينَ وَالْقِصَاصِ وَالدِّيَاتِ
30. كِتَاب الْحُدُودِ
31. كِتَاب الْأَقْضِيَةِ
32. كِتَاب اللُّقَطَةِ
33. كِتَاب الْجِهَادِ وَالسِّيَرِ
34. كِتَاب الْإِمَارَةِ
35. كِتَاب الصَّيْدِ وَالذَّبَائِحِ وَمَا يُؤْكَلُ مِنْ الْحَيَوَانِ
36. كِتَاب الْأَضَاحِيِّ
37. كِتَاب الْأَشْرِبَةِ
38. كِتَاب اللِّبَاسِ وَالزِّينَةِ
39. كِتَاب الْآدَابِ
40. كِتَاب السَّلَامِ
41. كِتَاب الْأَلْفَاظِ مِنْ الْأَدَبِ وَغَيْرِهَا
42. كِتَاب الشِّعْرِ
43. كِتَاب الرُّؤْيَا
44. كِتَاب الْفَضَائِلِ
45. كِتَاب فَضَائِلِ الصَّحَابَةِ
46. كِتَاب الْبِرِّ وَالصِّلَةِ وَالْآدَابِ
47. كِتَاب الْقَدَرِ
48. كِتَاب الْعِلْمِ
49. كِتَاب الذِّكْرِ وَالدُّعَاءِ وَالتَّوْبَةِ وَالِاسْتِغْفَارِ
50. كِتَاب التَّوْبَةِ
51. كِتَاب صِفَاتِ الْمُنَافِقِينَ وَأَحْكَامِهِمْ
52. كِتَاب صِفَةِ الْقِيَامَةِ وَالْجَنَّةِ وَالنَّارِ
53. كِتَاب الْجَنَّةِ وَصِفَةِ نَعِيمِهَا وَأَهْلِهَا
54. كِتَاب الْفِتَنِ وَأَشْرَاطِ السَّاعَةِ
55. كِتَاب الزُّهْدِ وَالرَّقَائِقِ
56. كِتَاب التَّفْسِيرِ

kitab nikah diatas adalah antara yg telah disiapkan. kitab2 seterusnya akan menyusul selpas ini. tempah sekarang di www.hakim-eze.eracyber.com

1 comments:

IbnAbdHalim said...

Assalamualaikum!

Sukran krn mengganti DVD M19 &20 Sahih Muslim yg saya beli kt Konvensyen Sunnah 3 kt IQ Mengkuang, BM, tp masih x dpt baca - mungkin brand disc yg sdr guna x compatible dgn computer saya.

Sekian. Wassalam.

Tajudin Mat Halim