Wednesday, May 14, 2008

SAHIH BUKHARI: B60-KITAB DA'WAT

Assalamualaikum wbt.

saya meminta maaf setelah sekian lama tidak mengupdate blog ini kepada semua.

Maklumat

kod: B60
tajuk: kitab Da'waat(kitab berkaitan doa2)
format: 1) DVD-2 dvd = RM30
2) mp3-1 mp3 = RM 12

siri kuliah: ada 6 siri kuliah dlm kitab ini.
bab: ada hampir 69 bab kesemuanya

Kandungan

B60:Kitab berkaitan tentang doa2.

Setiap manusia adanya hajat2 atau keinginan2 yg ingin dimintanya dari Allah swt. Doa yg terbaik adalah doa dr Quran dan Hadith2 nabi yg sahih. Setiap patah doa hendaklah dibaca sama dgn apa yg diucapkan nabi saw kerana setiap doa itu adanya hikmat.. apakah doa yg tiada asal dari nabi slps solat? Anggapan org awam ttg doa.
Perkaitan antara kitab isti'zan dan kitab doa yg disusun oleh Bukhari. Kenapa Bukhari memasukkan bab istighfar dan taubat dlm kitab doa? Apa yg menyebabkan doa makbul? Apa hikmah berdoa? Apa doa Nabi saw yg tak diterima oleh Allah?

Bab setiap nabi adanya doa yg dimakbulkan. Setiap nabi telah berdoa dengan doa masing2 ttp nabi saw menyimpan doa2nya utk menjadi syafaat kpd umatnya diakhirat nanti.

Bab istighfar yg terbaik.Apakah penghulu istighfar dan kelebihannya?

Bab istighfar nabi saw pada waktu siang dan malam iaitu lebih 70 kali!kenapa Nabi saw beristighfar padahal Baginda tiada dosa?

Bab taubat. Adab2 berdoa. Apa itu "Faajir"?

Bab tidur berbaring atas lambung kanan

Bab seseorg yg bermalam dlm keadaan suci/berwuduk- jika mati selepas membaca doa ini, maka matinya dlm keadaan fitrah!

Bab apa yg diucapkan sebelum tidur. Pelbagai doa2 lain.

Bab letak tangan kanan dibawah pipi kanan

Bab tidur atas lambung kanan

Bab doa ketika terjaga pd waktu malam.-Qiamullai nabi saw dan doa2 yg diucapkan olehnya.selepas nabi solat malam, Baginda tidur hingga berdengkur dan bangun slps dikejutkan oleh Bilal utk solat tanpa ambil wudu'. Perbincangan ttg Nur Muhammad.

Bab takbir dan tasbih ketika hendak tidur.

Bab memohon perlindungan dan membaca(ayat Quran) ketika hendak tidur. Disapu/dikebas tempat tidur sebelum tidur dan doanya. Membaca beberapa ayat perlindungan dan dihembuskan ke tangan lalu disapu ke seluruh badan.

Bab berdoa diseparuh malam. Allah turun ke langit dunia setiap malam. Kelebihan berdoa waktu malam dan dekatnya Allah pd waktu tersebut.

Bab doa ketika hendak buang air. Ilmu Ghaib dgn Syaitan!

Bab berdoa apabila waktu pagi.

Bab doa dlm sembahyang. Doa2 nabi dalam solat dan selepas tahiyyat.

Bab doa selepas solat. Bertakbir,tahmid dan takbir 10 kali. Tahlil nabi.

Bab berdoa kpd saudarnya tanpa memasukkan diri sendiri. Doa bg orang yg memberi sedekah. Doa kebaikan bagi org yg menggangu kita.

Bab larangan berdoa dengan berirama/berlagu.

Bab hendaklah seseorang meminta kerana tiada sesiapa yg memaksanya.

Bab seseorng hamba dimakbulkan doanya sekiranya dia tidak gopoh mengharapkan hasilnya dgn mengatakan "aku telah berdoa ttp tidak dimakbulkan".

Bab mengangkat tangan ketika berdoa.dalil menunjukkan nabi mengangkat tangan dan ada kalanya tidak angkat tangan.

Bab berdoa dgn tidak menghadap kiblat.

Bab berdoa dgn menghadap kiblat.

Bab doa Nabi kpd khadamnya supaya panjang umur dan banyak harta.siapakah khadam tersebut?

Bab berdoa ketika resah gelisah. Apakah doa yg diamalkan oleh nabi trsebut?

Bab memohon perlindungan dr bala yg dahsyat.

Bab doa Nabi saw iaitu "aku memilih kematian yg membawa aku bersama2 dgn org2 di alam yg tinggi dr kalangan malaikat, nabi2, sidiqqin dan syuhada"

Bab berdoa utk mati dan hidup. Larangan utk kita berdoa utk mati dan pengecualiaannya.

Bab doa utk kanak2 agar mendapat berkat dan mengusap kepala mereka. Siapakah beberapa org sahabt yg didoakan nabi dan di sapukan kepala mereka?

Bab selawat kpd nabi saw. Selawat yg terbaik kpd nabi?

Bab bolehkah diucap selawat kpd selain nabi?

Bab sabda Nabi:Org yg telah aku buatkan hatinya berasa sakit,semoga ia menjadi zakat(yg menyuburkan kebaikannya) dan punca rahmat kpdnya.

Bab meminta perlindungan dr fitnah.

Bab berlindung dr dikuasai/dijajah org.

Bab berlindung dr azab kubur.

selain bab2 yg disebutkan diatas, ada banyak lagi bab2 yg ada didalamnya dengan pelbagai isu yg dibincangkan. jadi bagi sesiapa yg ingin mendapatkan koleksi kuliah ini, boleh sms/tel ke no ana,
Eazle- 0124589460.




0 comments: