Tuesday, February 24, 2009

SAHIH BUKHARI (B 58-kitab Adab & B 59- Kitab Isti'zan)- VCD

Assalamualaikum wbt.

Siri pengajian talaqqi syarah sahih Bukhari oleh maulana Asri yang telah disiapkan pada kali ini adalah kitabul adab dan kitabul isti'zan. Kitabul adab membicarakan ttg adab2 yang mana menghasilkan 11 vcd dalam beberapa bulan. Rakaman videonya hanya bermula pada bab بَاب قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَكَانَ يُحِبُّ التَّخْفِيفَ وَالْيُسْرَ عَلَى النَّاسِ sehingga akhir bab.B 58 adalah kod bagi kitab sahih bukhari iaitu kitab ke 58 berdasarkan susunan edisi maktabah syamilah, begitulah seterusnya.

Manakala kitab isti'zan pula adalah kitab yg menbicarakan ttg perihal meminta izin. Kitab ini mengandungi 7 vcd dlm masa 1 bulan pengajian. Kitab ini dimulakn dengan bab بَاب بَدْءِ السَّلَامِي dan diakhiri dengan bab بَاب مَا جَاءَ فِي الْبِنَاءِ.

Dicadangkan supaya mendapatkan kedua2nya sekali kerana pada akhir kitab adab, maulana Asri telah memulakan sedikit perbahasan kitab isti'zan. Harga B58- rm 55 dan B59- rm 35. Tetapi jika dibeli kedua2nya sekali, harganya adalah hanya rm 80 dari asalnya rm 90.

0 comments: